Courseware Tingakatan Dua -- Kemahiran Hidup (Perdagangan)
Jenis Perniagaan -- Milikan Tunggal
nota1b Ciri-ciri Milikan Tunggal:
  1. Seorang individu yang memiliki serta menjalankan sesebuah perniagaan secara bersendirian.
  2. Kadangkala dibantu ahli keluarga dan/atau beberapa orang pekerja.
  3. Pemilik tunggal adalah pengurus dan bebas membuat keputusan untuk perniagaannya.
  4. Cukai pendapatan berdasarkan pendapatan perseorangan.
  5. Modal milikan tunggal biasanya kecil kerana perniagaan ini kecil dari segi saiz dan operasi.
  6. Liabiliti tidak terhad, perniagaan kecil dan segala kerugian dan keuntungan ditanggung sendiri.
  7. Contoh perniagaan milikan tunggal:- Kedai Kopi Lee Min, Kedai Kasut Ahmad, Kedai Cuci Gambar Kodakaler.
seterusnya