Courseware Tingkatan 2 -- Kemahiran Hidup (Perdagangan)
Jenis Perniagaan -- Syarikat Berhad
  1. Gabungan dua orang atau lebih yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1965.
  2. Ahli-ahli syarikat berhad terdiri daripada pemegang-pemegang syer yang merupakan pemilik.
  3. Syarikat berhad boleh dibahagikan kepada dua jenis:
    1. Syarikat sendirian berhad
    2. Syarikat umum berhad
  4. Modal syarikat disumbangkan oleh ahli-ahli melalui syer-syer yang dijual kepada mereka.
  5. Cukai pendapatan tertakluk kepada cukai syarikat yang lebih tinggi daripada perniagaan milikan tunggal dan perkongsian biasa.
  6. Liabiliti setiap pemegang syer adalah terhad kepada jumlah yang dilaburkan.
  7. Contoh syarikat sendirian berhad: KKIP Communications Sdn. Bhd., Sri Komputer Sdn. Bhd.
  8. Contoh syarikat umum berhad: Sabah Bank Berhad, KRU Berhad
seterusnya