Courseware Tingkatan 2 -- Kemahiran Hidup (Perdagangan)
Jenis Perniagaan -- Koperasi
Ciri-ciri Koperasi:
  1. Sebuah badan perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna tertentu untuk kepentingan bersama.
  2. Koperasi mesti ditubuhkan mengikut peruntukan Ordinan Koperatif Malaysia dan didaftarkan dengan pihak Pendaftar Koperatif Malaysia.
  3. Koperasi lebih mengutamakan hal kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya daripada mementingkan keuntungan.
  4. Setiap ahli boleh melabur sehingga tidak lebih daripada 20% jumlah modal.
  5. Setiap ahli hanya mempunyai satu undi tanpa mengira jumlah modal yang disumbangkan.
  6. Pengurusan koperasi dijalankan oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli dalam mesyarat agung tahunan.
  7. Contoh koperasi: Koperasi Tentera, Koperasi KGSMB
seterusnya